Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tetapi;

Puisi
 

Tak ada damar pasang lilin,
     Buat terang waktu malam;
Bukannya pandai bukannya alim,
     Tetapi tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(297)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk besar tak mengenyang.Banyak janji tetapi tidak ditepati; banyak bicara, tetapi tak ada buktinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat.Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung ada tuah tiada.Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya; murah rezekinya tetapi selalu habis saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tonggak dalam air boleh diraba, tetapi air di dalam tonggak tidak teraba.Perkataan dapat didengar dan diketahui, tetapi isi hati tiada siapa yang dapat mengetahuinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar.Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan.Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan). kambeh = peria; cangkuk = pekasam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas