Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiada;

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.


Lihat selanjutnya...(121)
Peribahasa

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(292)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.Sangat miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair.Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sama juga kain basahan sehelai, timah sesuku, kalau tak timah pergi terasa mendapat.Benda yang tiada berharga tiada berapa diendahkan orang, kecuali oleh orang yang benar-benar berkehendakkan benda itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada terlerai kerbau berlaga dengan janjang.Tidak dapat menceraikan orang yang sedang berkasih sayang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada terjilat oleh anjing.Perbuatan yang sangat tercela.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada terempang peluru oleh lalang.Kehendak orang yang berkuasa tidak tertahankan oleh orang yang lemah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki.Aib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada terbawa sekam segantang.Sangat lemah; tidak berdaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada telap oleh asai.Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas