| Tak ada kubangan yang tak ada kodok. | Tidak ada negeri yang tidak ada perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan bersandar di punggur. | Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau tidak ada senapang, baik berjalan lapang. | Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kebenaran di hujung lidah. | Tidak ada keadilan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai ayam diasak malam. | Tidak ada daya upaya lagi. diasak = didesak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah seasam segaramnya. | Sudah tidak ada cacat-celanya lagi (pekerjaan atau perbuatan yang sempurna). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti birah dengan keladi. | Tidak ada bezanya; hampir sama saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak berberas akan ditanak. | Tidak ada kepandaian yang akan dipertunjukkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiada raja menolak sembah. | Tidak ada orang yang tak suka dihormati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana. | Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |