Disisih bagai antah. | Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah. | Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar mati anak jangan mati adat. | Adat yang tidak boleh dilanggar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan. | Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terbuka mulut, terpancut keluar hati. | Kepada orang yang banyak bercakap tidak boleh dipercayakan sesuatu rahsia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing. | Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang. | Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah menang tak tahu, bersorak boleh. | Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertampuk bertangkai. | Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |