| Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa. | Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sehasta takkan jadi sedepa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dada manusia tidak dapat diselam. | Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang sehasta takkan jadi sedepa. | Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu. | Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. (Peribahasa lain yang sama makna: Dada manusia tidak dapat diselam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. | Tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. melukut = lemukut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nasi tersenduk tidak termakan. | Tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tanduk di kepala tak dapat digelengkan. | Tidak dapat menghindarkan diri daripada tugas kewajipan (pekerjaan) yang sudah ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat. | Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidak dapat diungkit dengan besi hangat. | Dua orang yang amat berkasih-kasihan yang tak dapat dipisahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan. | Kalau perut tidak diisi tentu tidak dapat melakukan pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |