Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Anak Cina menanam tebu,
     Tanam mari bertapak-tapak;
Sungguh kecil dahan jambu,
     Melentur ada patah tidak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Orang tua jangan diperut seperti rotan,
     dululah dia merasa garam.

Bermaksud :

Orang yang bijak tidak perlu diajar lagi, kerana ia tahu sendiri. diperut = digulung kecil-kecil.

 

Lihat selanjutnya...(16)

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli.Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu. kusa = besi penghalau gajah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam.Orang yang bijak tidak perlu diajar lagi, kerana ia tahu sendiri. diperut = digulung kecil-kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk.Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama kambing kecil: merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melembang bumi.Orang yang tidak dihiraukan kerana tiada berkuasa apa-apa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak.Kebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi.Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tergeser kena miangnya, terlanggar kena rabasnya.Orang yang berkuasa dan zalim, tidak dapat orang kecil bersalah sedikit kepadanya. (Bandingkan dengan: Sudu-sudu di tepi jalan [dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka.Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi.Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melentur biarlah waktu rebung.Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas