Singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat. | Tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia. | Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perut panjang sejengkal. | Merasa tidak senang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepanjang-panjang tali, sekenyang-kenyang banteng. | Tidak ada daya upaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menerima panjang tangan, menghulur sekali belum. | Orang yang hanya mahu menerima saja, tetapi tidak mahu memberi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan. | Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti beting dipalu ombak. | Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar. | Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang. | Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |