Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Seperti keris yang tak payah diasami lagi.

Bermaksud :

Sudah mahir dan tidak payah ditunjuk ajar lagi.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Air laut hijau siapa celup?Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti keris yang tak payah diasami lagi.Sudah mahir dan tidak payah ditunjuk ajar lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat tebu rebah.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat kijang teruit.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat harta timbul.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat harta karun.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Kura-kura kakinya tiada basah, c. Mendapat pisang terkubak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat durian runtuh.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mendapat pisang terkubak.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke sawah tidak berluluk, ke ladang tidak berarang.Memperoleh keuntungan tidak dengan bersusah payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rusa dijumpai tiada dikejar.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas