| Bagai beliung dengan asahan. | Tidak pernah berpisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana sampan pukat. | Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bermayang-mayang menjadi mumbang. | Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiada lukah yang kenyang oleh air. | Tabiat manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat. | Tidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam anak dara tak datang tunangnya. | Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya. | Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takkan serik luka dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga. | Kesukaran tidak pernah menghalangi orang untuk berusaha mencari nafkah hidupnya. serik = jera. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |