Sakit pandan tidak tahukan duri, sakitnya badan tidak tahukan diri. | Orang yang tidak tahu akan dirinya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai sambau di pintu kandang. | Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai sambau di tengah jalan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai sambau di tengah jalan. | Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai haruan di dalam tuar. | Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. tuar = lukah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit. | Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam mabuk tahi. | Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan. | Menolong orang tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan. | Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |