Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang,
     dilalukan badan sudah besar.

Bermaksud :

Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lalu hangus, surut layu.Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar.Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak manusia nan tidak gawal.Salah dan sikap adalah sifat manusia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang.Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Intan salah serudinya.Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti permata salah serudi.Orang bangsawan yang tidak berpengetahuan dan tiada tahu sopan santun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bumi mana yang tidak kena hujan?Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak ada pendekar yang tak bulus, tak ada juara yang tak kalah.Meskipun pandai ada kalanya salah (keliru) juga. bulus = kena.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu.Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Bandingkan dengan: Lalu hangus, surut layu). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, b. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang, g. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas