| Seperti cacing kepanasan. | Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas, b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menanti laki pulang maling. | Tidak tenteram, selalu waswas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai cacing kena air panas. | Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan, b. Seperti cacing kepanasan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melanting-lanting bagai cacing kepanasan. | Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas, b. Seperti cacing kepanasan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak. | Selalu bekerja tidak berhenti-henti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai duri dalam daging. | Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membilang kepala bini, beranak tak boleh disuruh. | Pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan. | Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh. | Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau tak berduit (= berwang), ke mana pergi tercuit-cuit (= terbuang). | Orang yang tidak berwang selalu melarat hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |