Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah. | Perbuatan yang tidak sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan. | Orang yang tidak sempurna akal fikirannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah. | Pekerjaan yang tidak sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak orang gombang di lebuh. | Congkak di tengah jalan tetapi rumah tangganya tidak sempurna. gombang = elok; lebuh = jalan raya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar. | Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku. | Pengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan. | Tidak mudah melakukan suatu pekerjaan, kalau tidak hati-hati tentu tidak sempurna. (Bandingkan dengan: Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti mengerat dengan gunting galir. | Orang yang malas dan bodoh tidak akan sempurna pekerjaannya. gunting galir = gunting yang tidak ketat kuncinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang. | Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meniup suling berbunyi bangsi, maka bangsi itu terpatah-patah. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh dan yang diperoleh itu pun tidak pula sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |