| Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa. | Kelakuan yang tidak senonoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tegak seroman-roman, duduk serupa-rupa. | Kelihatannya seperti orang pandai, tetapi tidak senonoh kelakuannya. roman = rupa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata. | Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh. | Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |