Tiada takut akan antah. | Tidak takut kepada siapa jua pun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. | Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Esa hilang, dua terbilang. | Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pertama hilang, kedua terbilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut. | Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut). tunjang = akar yang di atas tanah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut. | Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pertama hilang, kedua terbilang. | Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Esa hilang, dua terbilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi. | Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut akan bayang-bayang. | Takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Takutkan bayang-bayangnya sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat. | Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |