Bagai tikus membaiki labu. | Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Marahkan tikus rengkiang dibakar. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tikus masuk kapur (= tepung). | Memakai bedak tidak keruan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tikus masuk roman. | Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tikus jatuh di beras. | Suka dan senang sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awak tikus, hendak menampar kepala kucing. | Melakukan sesuatu yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditebuk (= dikerbuk) tikus (= tupai). | Sudah hilang gadisnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi. | Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Labu dikerbuk tikus. | Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kelapa ditebuk tupai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar). | Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |