| Pergi ke telaga terlupa membawa timba, timba yang dicari dapat yang tiada bertali. | Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga. | Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti timba buruk. | Orang tua yang melarat hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Perigi mencari timba. | Perempuan yang mencari lelaki. (Bandingkan dengan: Rumput mencari kuda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telaga mencari timba. | Perempuan yang mencari lelaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba. | Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting. | Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidaklah telaga mendapatkan timba. | Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telaga kering hilanglah timba. | Kemakmuran habis orang-orang dagang pun pulanglah ke negeri masing-masing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Marahkan telaga yang kering, timba dipecahkan. | Jikalau seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |