Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tokak;

Peribahasa

Kudis menjadi tokak.

Bermaksud :

Perkara kecil menjadi besar. (Bandingkan dengan: Bukan kudis dibuat pekung).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai tokak lekat di kening.Malu yang tak dapat disembunyikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kudis menjadi tokak.Perkara kecil menjadi besar. (Bandingkan dengan: Bukan kudis dibuat pekung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai rupa tokak dibasuh.Sangat buruk. tokak = kudis besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai rupa tungkahan.Sangat buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai rupa tokak dibasuh). tungkahan = kayu landasan di dapur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuman menjadi barah (= pekung).Perkara kecil menjadi besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kudis menjadi tokak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukan kudis dibuat pekung.Bukan perkara atau kesalahan kecil yang dibesar-besarkan. (Bandingkan dengan: Kudis menjadi tokak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak.Keburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah. pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas