| Pukul anjing tengok-tengok tuannya. | Berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu pekerjaan ataupun ketika mengatakan sesuatu supaya badan selamat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pukul anjing, tak pandang mata tuannya. | Orang yang terdesak hilang takutnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mati ayam mati tungaunya. | Bila tuannya mendapat celaka, anak buahnya ikut menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dahan pembaji batang. | Menggunakan harta benda tuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lemak penyelar daging. | Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Minyak duyung perendang duyung. | Menghabiskan harta tuannya (= ibu bapanya) sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunga dipetik, perdu ditendang. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |