| Air susu dibalas dengan air tuba. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. (Bandingkan dengan: Air tuba dibalas dengan air susu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air tuba dibalas dengan air susu. | Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tuba habis (= binasa), ikan tak dapat. | Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memecah tuba. | Menyiarkan berita yang mencemaskan orang mendengarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikan di hulu tuba di hilir. | Perbuatan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Santan dibalas dengan tuba. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti ikan kena tuba. | Sudah tidak berdaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tentang lubuk lepas tuba, tentang ikan akan mati. | Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |