Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tubuh;

Puisi
 

Tubuh lengkung gelegak lengkung,
     Tanam lada di busut tinggi;
Riuh sekampung gelak sekampung,
     Sementara ada saya di sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Sejiwa dua tubuh.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya.Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sejiwa dua tubuh.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bayang-bayang disangka tubuh.Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Geruh menempuh dalam tubuh.Nasib buruk yang mempengaruhi diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angan-angan mengikat tubuh.Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai rasa batang pisang.Tubuh seseorang yang terlalu dingin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh.Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tolak tangga berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri.Membuang kehidupan yang sudah senang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memimpin gajah tempang, mati dihempap dek tubuh.Menolong orang besar-besar dalam kesusahan akhirnya akan mencelakakan diri orang yang menolongnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas