| Lain galang, lain perahu yang disorong. | Berlainan perbuatan daripada tujuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belayar mengadang (= menentang, menuju) pulau. | Tiap-tiap perbuatan (pekerjaan) mestilah ada tujuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai. | Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |