Hilang tukul hilanglah pahat. | Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi. | Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang tapak tukul, timbul tapak canai. | Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketuk (= berkotek) di luar sangkar, bertanam di luar pagar. | Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |