Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya? | Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi. | Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. | Sesuatu itu akan kembali ke asalnya meskipun sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar titik, jangan tumpah. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau menampi jangan tumpah padinya. | Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salin (= sesalin) tak tumpah. | Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Seperti peluru dua setuangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut titik lalu tumpah. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayangkan titik, tak sayangkan tumpah. | Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Santan masuk ke pasu, ampasnya tumpah ke tanah. | Sesudah tak berguna lalu dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: Santan ke pasu, ampas pun ke tanah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pinang dibelah dua. | Serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |