Tunggul terbakar di tengah huma. | Rupa yang hitam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tunggul kayu kalau ditarah pelicin, diikut juga, jangankan manusia. | Pengajaran yang baik lambat-laun dapat juga memperbaiki orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tunggul itu kalau dipakaikan, elok juga. | Perempuan yang hodoh kalau dihiasi tentu akan cantik juga kelihatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tunggul dihias. | Rupa yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berunding dengan tunggul (= tungkahan). | Memberi nasihat kepada orang yang hanya diam saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tunggul kayu kalau ditarah pelicin; elok juga. | Perempuan yang hodoh kalau dihiasi tentu akan cantik juga kelihatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tunggul itu kalau dipakaikan, elok juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengebat tidak erat, memancung tidak putus, b. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai mengatai tunggak (= tunggul). | Memberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak berasak tunas dari tunggul. | Tidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |