| Tiada sakit makan ubat. | Menyusahkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat. | Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat). | Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat. | Pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |