Untung bagai untung kapas. | Orang yang banyak penanggungannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. | Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung sebagai roda pedati. | Nasib manusia berputar-putar turun dan naik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung melambung, malang menimpa. | Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung ada tuah tiada. | Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya; murah rezekinya tetapi selalu habis saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersimalang bersimujur. | Untung-untungan; mengadu untung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Geruh luka ajal mati. | Untung baik luka saja; untung tak baik, mati. geruh = sial, malang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak untung menjadi buntung. | Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikhtiar menjalani, untung menyudahi. | Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |