| Musim kemarau menghilirkan balok (= balak). | Melakukan pekerjaan bukan pada waktunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebelum ajal berpantang mati. | Tak akan mati sebelum sampai waktunya yang ditentukan oleh Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah empat kaki lagi tersaruk. | Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung). tersaruk = tersandung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika. | Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak dan gesek biola hendak menari dulu. | Berbuat sesuatu sebelum sampai waktunya. tak dan = tak sempat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim. | Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya. alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Elok lenggang di tempat datar. | Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung. | Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti anjing lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam. | Bantuan yang diperoleh tepat pada waktunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang! | Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |