Angan-angan mengikat tubuh. | Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pacat hendak menjadi ular. | Orang miskin berlaku seperti orang kaya; mengharapkan yang bukan-bukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggantang asap, mengukir langit. | Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki. | Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau bunga bukan [= tidak] sekuntum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Canggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi). | Melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggali tanah yang lekuk. | Kerja yang bukan tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menangis daun bangun-bangun hendak sama dengan ilir-air. | Keinginan yang bukan tempatnya kerana hendak menyamai orang yang lebih daripada dirinya. bangun-bangun dan ilir-air = sebangsa tumbuh-tumbuhan yang hampir sama daunnya, tetapi urat daun ilir-air harum baunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang). | Tak mungkin terjadi kerana salah tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukan kudis dibuat pekung. | Bukan perkara atau kesalahan kecil yang dibesar-besarkan. (Bandingkan dengan: Kudis menjadi tokak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertambah semakin kurang. | Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |