Bunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana. | Kecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Usang dibarui, lapuk dikajangi. | Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan. | Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas. | Biarpun bodoh, dapat juga memilih mana yang baik dan mana yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merasuk seperti polong tak berjinjang. | Berkeliaran memperlihatkan kelakuan yang jahat ke mana-mana. merasuk = roh jahat masuk ke dalam tubuh manusia; jinjang = pemimpin atau ketua hantu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana. | Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada laut yang tidak berombak. | Segala uaha tetap ada kesukaran atau bahayanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang. | Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan. | Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Peti yang berisikan emas perak itu tiada dilelehkan orang. | Pengetahuan tidak mudah dihamburkan di mana-mana saja. dilelehkan = dibocorkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |