Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit. | Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada hilang bisa ular dek menyusur akar. | Tiada hilang martabat seorang yang mulia kerana merendahkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai. | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat). | Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang pelanduk berganti kijang emas. | Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang mulia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma. | Mati di tempat yang mulia kerana membuat kebaikan lebih baik daripada mati di tempat yang hina kerana membuat kejahatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh. | Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain. | Biar mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati di tempat yang hina kerana melakukan pekerjaan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul. | Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mutiara terkalung ke leher babi. | Mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia yang telah jatuh martabatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |