Merawal menulang bukit, cerana menengah kota. | Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak. | Perkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ubur-ubur airnya hitam. | Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siang bagai hari, terang bagai bulan. | Kesalahan yang sudah nyata sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Murai berkicau hari siang. | Sesuatu yang sudah terang dan nyata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari. | Kebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke langit tak sampai, ke bumi tak nyata (= tak terjejak). | Pekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |