Raja adil raja disembah, raja tak adil (= zalim) raja disanggah. | Raja yang adil disayangi dan raja yang tak adil dilawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak harimau diajar makan daging. | Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersandar di lemang hangat. | Berlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tergeser kena miangnya, terlanggar kena rabasnya. | Orang yang berkuasa dan zalim, tidak dapat orang kecil bersalah sedikit kepadanya. (Bandingkan dengan: Sudu-sudu di tepi jalan [dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan diajar anak harimau makan daging. | Jangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim. (Bandingkan dengan: Anak harimau diajar makan daging). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersandar di batang rengas, gatallah badan. | Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |