Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalik

Puisi
 

Daun mempelas berbalik-balik,
     Orang berdagang di pintu kota;
Tidaklah belas melihat adik,
     Duduklah berendam si air mata.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Hujan berbalik ke langit.

Bermaksud :

Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
peringkat awal perkembangannya, yang merangkumi tempoh antara kurun 500 SM hingga kurun ke-17. (KIM) alcohol dehydrogenase (alkohol dehidrogenase) Oksidoreduktase yang mengandungi Zn dan digunakan sebagai mangkin dalam proses pengoksidaan berbalik alkohol primer dan alkohol sekunder ke- pada aldehid dan keton dalam kehadiran NAD + seperti dalam pengoksidaan etanol kepada asetaldehid. (KIM) alcohol fermentation (fermentasi alkohol) Fermentasi yang berlaku dalam yis tertentu lagi. (FIZ) asthma (asma) Keadaan yang ditandai dengan serangan sesak nafas (dispnea) atau semput yang berulang dari semasa ke semasa, dan yang menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. (UBAT, BIO) astigmatic difference (beza astigmat) 1. Jarak di antara titik fokus primer dengan titik fokus sekunder bagi sistem optik astigmat. 2. Perbezaan di antara salingan jarak fokus primer dengan

Kembali ke atas