Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Pergi sekolah berulang-ulang,
     Budak-budak belajar memanah;
Lain biduk lain digalang,
     Lain yang bengkak lain yang menanah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(9)

589

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ini biasa- nya berbentuk lonjong atau bulat, terdiri daripada satu atau beberapa sel dan berwarna jernih atau perang. (BIO) alphoid sequences (jujukan alfoid) Satu famili kompleks yang mengandungi jujukan DNA berulang yang terdapat pada heterokromatin bersentromer dalam manusia. (BIO) altering error (ralat ubahan) Ralat yang dijana sendiri oleh perkakasan akibat ralat ketika pemindahan data dalam sistem. (KOM) alternate disjunction (disjungsi selang medan magnet yang terhasil pada satu gegelung, bertentangan arah dengan medan magnet gegelung yang satu lagi. (FIZ) asthma (asma) Keadaan yang ditandai dengan serangan sesak nafas (dispnea) atau semput yang berulang dari semasa ke semasa, dan yang menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. (UBAT, BIO) astigmatic difference (beza astigmat) 1. Jarak di antara titik fokus primer dengan titik

Kembali ke atas