Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : buang, lempar; ~ batu ki meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya; ~ buang a) membuang barang sesuka hati; b) tidak menghargai sesuatu barang; c) lembing yg dibuat drpd kayu; ~ bunga sj permainan kanak-kanak; umpamanya orang ~ bunga, dibalas ~ tahi prb perbuatan yg baik dibalas dgn yg jahat; mencampak membuang, melempar; ~ wang menaburkan wang utk orang miskin; mencampakkan melemparkan, membuangĀ­kan: semuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; ia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dr atas pohon itu; tercampak 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mencampak membuang dgn agak kuat (bkn sesuatu yg dipegang); melempar. mencampakkan melemparkan sesuatu yg dipegang; menghumbankan: Apabila mendengar jawapan pemuda itu, beliau marah lalu ~ buku yg dipegangnya ke lantai. tercampak jatuh dgn agak kuat; terpelanting: Ketika melalui jalan yg berlekuk-lekuk dan berliku-liku, dia nyaris-nyaris ~ keluar dr lori tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campak I

Puisi
 

Budak-budak atas jambatan,
     Campak batu seorang satu;
Ramai duduk di medan,
     Campak pantun seorang satu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap.

Bermaksud :

Mendedahkan keburukan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
digunakan untuk menguji fungsi hati. (UBAT) bronchitis (bronkitis) Radang pada tiub bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau jangkitan mikroorganisma. Komplikasi penyakit lain seperti campak atau influenza juga boleh menyebabkan bronki - tis. (BIO) Bronsted base (bes Bronsted) Molekul atau ion yang bertindak sebagai proton. (KIM) brook (anak air) Sungai kecil dan cetek yang biasanya mempunyai aliran

Kembali ke atas