Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.sing] | دسيڠ

Definisi : bunyi spt bunyi angin yg kencang (peluru yg ditembak, baling-baling yg di­lempar, dll); berdesing, mendesing 1. berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: angin ~ di sela-sela daun kelapa; suara keridik dan belalang sahaja yg kedengaran mendesing memecah kelengangan itu; 2. ki = ~ telinga timbul rasa marah (sakit hati dsb apabila mendengar kata-kata yg mencabar, mencerca, dsb): ~ telinga si Kotot mendengar cabaran Tudin, lalu dicabutnya keris, dan terus meluru menerkam Tudin; berdesing-desing, mendesing-desing 1. berdesing (mendesing) berulang-ulang atau berterusan; 2. ki masih terngiang-ngiang (terdengar-dengar) di telinga (bkn kata-kata dsb), teringat-ingat: “Aku tahu ibu, umur perajurit tidak panjang”, ~ kata itu di telinga ibu tua, spt angin mendesing-desing di daun kayu; desingan bunyi yg mendesing (berdesing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.sing] | دسيڠ

Definisi : bunyi spt bunyi angin yg kencang, baling yg dilemparkan dll. berdesing 1 berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: Angin kencang ~ sebelum hujan turun dgn lebatnya. 2 = telinga ~ ki timbul rasa marah (sakit hati dll): ~ telinganya apabila mendengar kata-kata yg menghinanya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desing


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang bertindak dengan cara menghalang pembebasan dopamin. Bahan ini digunakan sebagai antipsikotik dan antiemetik. Contohnya, halo- peridol. (FAR, KIM) buzzer (buzzer) Peranti elektromagnet yang angkernya bergetar deras dan mengeluarkan bunyi desing. (FIZ) BV (BV) Singkatan bagi biological value. Lihat biological value. (TEKMA) bypass channel (alur pintas) Alur yang dibina untuk melencongkan aliran banjir dari satu tempat di hulu sungai suatu kawasan

Kembali ke atas