Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lem.but.kan] | ملمبوتکن

Definisi : 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lem.but.kan] | ملمبوتکن

Definisi : 1 menjadikan lembut; melembikkan: Air hujan ~ tanah dan ini akan memudahkan kerja membajak. 2 melemahkan (hati dll): Tidak seorang pun yg dpt ~ hati orang tua itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
sebagai foton dan keadaan ini menyebabkan pendarcahaya. Termopendarcahaya diguna- kan sebagai kaedah dalam pentarikhan dapatan arkeologi terutama barang tembikar. (KIM) thermomechanical pulp (pulpa termomekanikal) Pulpa mekanikal yang dihasilkan dengan cara melembutkan serpai kayu me- lalui rawatan stim pada suhu 110°C hingga 150°C dan tekanan sehingga 700 kPa. Pulpa kemudiannya digilis dan dihaluskan menggunakan penghalus me - kanikal. Pulpa ini digunakan

Kembali ke atas