Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ per­bekalan­nya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangat­nya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah me­nyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (mem­beranikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1 menjadikan naik; meletakkan di tempat yg tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dsb): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin utk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (bkn adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit utk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Peribahasa

Membandarkan air ke bukit.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Menaikkan bendar sondai). membandarkan = mengalirkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

621

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
termal British) Unit yang bersamaan dengan 1055.055262 joule dan merupakan unit peng- ukuran kuantiti haba yang ditakrifkan sebagai jumlah haba yang harus dipin - dahkan kepada 1 paun air untuk menaikkan suhunya sebanyak 1 darjah Fah- renheit (°F). Singkatan Btu. (KIM) brittle diabetes (diabetes rapuh) Diabetes yang sukar dikawal. Keadaan hipoglisemia serta asidosis bergilir ganti tanpa sebab yang nyata. (UBAT) broadband lodak, batu lumpur, syal, konglomerat dan sesetengah jenis batu kapur. (KEJ) clay treating (rawatan tanah liat) Proses yang dilakukan terhadap nafta pecah untuk membaiki warna dan ke- stabilannya dengan cara menaikkan suhu dan tekanan. Pada suhu tinggi, ke- stabilan nafta dicapai apabila diolefin aktif terjerap dan proses pempolimeran berlaku dalam nafta. (KEJ) claystone (batu lempung) Batuan sedimen klas atau gersik yang

Kembali ke atas