Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.hang] | راهڠ

Definisi : bahagian kepala di sebelah depan yg terdiri drpd dua tulang (tulang rahang) yg membolehkan mulut dibuka dan ditutup; ~ atas tulang rahang sebelah atas; ~ bawah tulang rahang sebelah bawah; keras ~ tidak mahu mengalah (tidak mahu menurut, ke-tegar); tali ~ tali kekang (yg diikat pd rahang kuda dll); tulang ~ tulang pd rahang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.hang] | راهڠ

Definisi : Ph rasa spt rasa jering. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.hang] | راهڠ

Definisi : 1 bahagian mulut yg terdiri drpd dua tulang (tulang rahang) yg memungkinkan mulut dibuka dan ditutup: ~ atas tulang rahang sebelah atas; ~ bawah tulang rahang sebelah bawah. 2 benda (pd alat dll) yg gunanya spt rahang 1. Guna ~ pd bindu itu adalah utk mencengkam sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rahang


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
serangga bersayap dalam famili Myrmeleontidae dan order Neurop- tera. Larva berahang besar ini mengorek lubang ke dalam pasir dan menunggu mangsa seperti semut dan serangga lain di dalam lubang dengan rahang ter - buka. Larva ini memakan banyak mangsanya sebelum menjadi pupa dan se- rangga dewasa. (BIO) antrectomy (antrektomi) Pembuangan dinding antrum mastoid atau antrum pilorus gaster secara pem- bedahan. (UBAT) antrobuccal phase (fasa kolesterik) Nematik terubah suai yang orientasi arahnya bertukar dari lapisan ke lapisan dalam corak heliks, iaitu berlingkar. (KEJ) Chondrichthyes (Chondrichthyes) Kelas ikan yang rangka dalamnya, termasuk tengkorak dan rahang, terdiri daripada rawan dan bukan daripada tisu bertulang. Antara ciri utamanya ialah ekor yang heteroserkus, ketiadaan operkulum bertulang, ketiadaan paru-paru, ketiadaan pundi renang, dan sisik yang seakan-akan gigi

Kembali ke atas