Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat yg berkait dan berat, yg dilabuhkan ke dlm air supaya perahu (kapal dll) tidak hanyut, jangkar; membongkar ~ mengangkat sauh (kerana hendak belayar); membuang (melabuhkan) ~ mencampakkan sauh (supaya perahu tidak hanyut); ~ buji sauh kecil yg ada empat pengaitnya; ~ cemat = ~ kecil sauh kecil yg dilemparkan ke perahu dll utk menariknya; ~ terbang sauh yg dilemparkan (ke darat, ke tebing, dll); bersauh 1. memakai (menggunakan) sauh; 2. berlabuh (kapal, perahu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sauh (kata nama)
Bersinonim dengan jangkar, anjar.,

Puisi
 

Datuk Kelana pergi menangguk,
     Tersangkut tangguk di sauh kapal;
Saya umpama orang mengantuk,
     Apatah lagi disorong bantal.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tularensis yang ditularkan melalui gigitan lalat, kutu anjing, sengkenit dan kutu manusia. Penyakit ini menyerupai penyakit plag dan mungkin menjangkiti manusia melalui haiwan yang terinfeksi. (UBAT) tumbler switch (suis pelepas sauh) Suis yang mempunyai tuil pendek yang perlu ditolak ke atas atau ke bawah bagi mengendalikannya. Bentuk suis ini agak tertonjol keluar seperti bentuk tangkai pelepas sauh kapal. (KEJ) tuned circuit (litar

Kembali ke atas