Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berasa puas (gembira); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
senang (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: gampang, ringan, ganyir, suang, lasuh, enteng,
Berantonim dengan susah

2. Bersinonim dengan suka: mesra, deman, setuju, gemar, cocok,
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan rehat: enak, nyaman, gembira, selesa, lega, sedap, menyenangkan, segar, seronok, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

4. Bersinonim dengan bahagia: aman, tenteram, sentosa, baik, elok, aman makmur, mujur, beruntung, sejahtera, tuah, selamat,
Berantonim dengan huru-hara

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersahaja tenang, sedang, sederhana, tidak berlebihan, lugu, sewajarnya,
Berantonim dengan berlebih-lebih

Kata Terbitan : bersenang, bersenang-senang, menyenangi, menyenangkan, mempersenang, kesenangan,

Puisi
 

Dari Gunung ke Anak Bukit,
     Singgah semalam di Bukit Pinang;
Dahulu hati sakit,
     Sekarang hati merasa senang.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)

323

Into every life a little rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
acid number (nombor asid) Lihat acid value. (KIM) acid phosphatase (fosfatase asid) Fosfatase yang aktif dalam medium asid seperti yang terdapat dalam sel darah merah, epitelium, prostat, limpa, ginjal dan hati. (UBAT) acid resistance (rintangan asid) Kemampuan buburan simen yang telah mengeras untuk menahan kesan pelem- butan dan kesan kakisan dari asid organik, asid mineral atau larutan air yang mengandungi asid bijirin. Toksin ini sering kali dikaitkan dengan keracunan makanan apa - bila bijirin yang tercemar dimakan, dan seterusnya mungkin boleh membawa maut. Toksin ini mungkin juga mengakibatkan ketoksikan atau kanser pada hati. (BIO, TEKMA, UBAT) aerometer aflatoxin Kamus Sains.indb 27 7/8/08 11:45:54 AM 28 A-frame (kerangka A) Kombinasi binaan sendeng tiang dan rasuk yang mendatar berbentuk

Kembali ke atas