Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.rai] | اوراي

Definisi : 1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb), bercerai-cerai; ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi; berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai, bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian; mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, meng-hurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan; menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.rai] | اوراي

Definisi : ; emas ~ emas yg berbutir-butir. berurai 1 tidak bersimpul lagi; lepas terbuka; bercerai-cerai. 2 berderai-derai: ~ air mata bercucuran air mata; menangis (kerana sedih dsb). mengurai dlm keadaan berurai; mekar terbuka (bkn mayang): Rambutnya bagai mayang ~. menguraikan 1 membuka ikatan (simpul dsb): ~ simpul mati; ~ rambut. 2 mencerai-ceraikan atau mengasingkan bahagian-bahagiannya; menganalisis: Air dpt diuraikan kpd hidrogen dan oksigen. 3 membatalkan: ~ janji. uraian hasil drpd menguraikan sesuatu. penguraian perbuatan (hal dsb) menguraikan sesuatu: ~ elektrik proses memisah-misahkan sesuatu bahan kimia dgn menggunakan tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata urai

Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit,
     hendak tuah (= mulia) bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai.

Bermaksud :

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Sel mutan yang memerlukan bahan nutrien tertentu untuk pertumbuhan nor - mal. (BIO) autonomous controlling element auxotroph Kamus Sains.indb 122 7/8/08 11:46:47 AM 123 avalanche breakdown (urai runtuh) Penguraian tak memusnah yang berlaku dalam diod semikonduktor apabila medan elektrik yang agak kuat merentasi rantau sawar sehingga pembawa arus berlanggar dengan elektron valens dan menghasilkan pengionan dan penggan yang penurunan voltannya sentiasa malar dan bebas daripada arus akibat runtuhan serta-merta berlaku merentangi seluruh simpang pn diod itu. (FIZ) avalanche photodiode (fotodiod runtuh) Fotodiod yang beroperasi dalam rantau urai runtuh untuk mencapai gandaan fotoarus dalaman, dan memberikan operasi suis kawal-cahaya yang pantas. (FIZ) average current (arus purata) Arus yang nilainya merupakan hasil purata arus ulang-alik meliputi setengah

Kembali ke atas