[be.tul] | بتول
Definisi : 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) prb angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; sebetulnya sebenarnya, sesungguhnya, nyata: itu ~ begitu;betul-betul 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas;berbetul ark 1. membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dll): Tun Tuah pun tersangkut pd tirai paseban itu, lalu ~; 2. sesuai, cocok: beta hendak pertaruhkan diri beta yg dagang ini kpd anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pd fikiran nenek;berbetulan bertepatan (dgn), selaras (dgn), sesuai (dgn): letakkan mata gergaji itu ~ dgn tebal kayu yg hendak dibelah;membetuli 1. menujui, mengarahkan, mengenai sasaran: Panji Semirang pun segeralah mengambil anak panahnya, dikenakan pd ibunya, lalu dibetuli dan dilepaskan; 2. membaiki: sambil bangun ia ~ kain sarungnya;membetulkan 1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dll): ia ~ duduknya; ~ ejaan yg salah; ~ jam tangannya; 2. membenarkan, menganggap betul: pembunuh itu ~ segala tuduhan;kebetulan 1. dgn tidak sengaja, dgn tidak disangka-sangka: cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~; 2. keadaan (kejadian) yg terjadi secara tidak diduga: ini satu ~ saja; 3. tepat atau kena benar (dgn tidak sengaja), pd ketika yg sama (dgn): saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu;berkebetulan bersamaan masanya (halnya dll): Louis Braille ~ buta sewaktu ia berumur tiga tahun;pembetulan perihal (perbuatan, kerja, dsb) membetulkan: ~ kesalahan itu boleh dibuat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.tul] | بتول
Definisi : 1 tidak bohong; benar; sungguh: Berita mana yg ~, dr radio atau dr surat khabar? 2 tidak salah lagi; tidak keliru: Tanggapan engkau itu memang ~. 3 tepat benar; kena pd sasaran: Tembakannya itu kena ~ pd bahagian tengah bulan-bulan. 4 bukan olok-olok; sungguh: Dia sudah gila ~. 5 tidak bercampur dgn yg lain; tulen; jati: Ini emas ~. 6 sangat; amat: Mahal ~ telur ayam itu. betul-betul tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. berbetulan tidak bersalahan (dgn); tepat atau sesuai (dgn): Hari perkahwinan jatuh pd hari Isnin, ~ pd hari lahirnya. membetulkan 1 menjadikan betul; membaiki apa-apa yg rosak: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan-jalan yg rosak. 2 menganggap betul; mengiakan: Ia senantiasa ~ apa-apa yg dikatakan oleh sahabatnya. kebetulan 1 dgn tidak sengaja; dgn tidak disangka-sangka: Gelang isterinya yg hilang itu telah dijumpainya secara ~ ketika ia menyapu di rumahnya. 2 pd ketika yg sama dgn: Ketua-ketua mereka telah membawa laporan mesyuarat itu kpd Nekman, dan ~ Nekman pun sedang membincangkan perkara itu juga. pembetulan perbuatan atau hal membetulkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)