Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cair] | چاءير

Definisi : 1. tidak keras dan tidak spt gas (boleh mengalir spt air), encer, tidak pekat: air raksa ialah benda yg ~; susu ~; logam kalau dipanaskan menjadi ~; 2. ki bocor (bkn rahsia, berita, dll); 3. menjadi lemah (kurang giat, kurang bersemangat, dsb): kekerasan hatinya ~ spt lilin terkena bahang api; 4. (Eko) mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ loler Kl terlalu cair; ~ otak pandai; mencair menjadi cair: lapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat; mencairkan 1. menjadikan sesuatu cair, mengencerkan: pemanasan itu ~ minyak yg beku; 2. (Eko) menukarkan aset kpd wang tunai: para pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yg terbeku selama setahun; 3. ki menjadikan perasaan (semangat dsb) berkurang atau lemah: suara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi; cairan sesuatu benda yg sudah dicairkan, enceran; kecairan 1. perihal cair; 2. (Eko) kebolehan utk menukarkan sesuatu aset kpd wang tunai dgn mudah dan cepat; 3. (Eko) adanya pembeli dan penjual yg mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pd harga yg berpatutan utk mengekalkan keadaan pasaran yg stabil; pencairan 1. proses mencair atau mencair­kan; 2. (Eko) proses menukarkan (menjual) aset kpd tunai bagi tujuan menjelaskan hutang syarikat; pencair bahan (spt air dsb) utk mencairkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cair] | چاءير

Definisi : 1 tidak keras dan tidak berupa gas tetapi dpt meleleh atau mengalir: Lilin akan menjadi ~ apabila dipanaskan. 2 terdapat airnya lebih banyak; lw pekat: larutan yg ~. mencair menjadi cair: Air batu ~ apabila berada dlm suhu yg tinggi. mencairkan menjadikan cair. cairan sesuatu yg cair; cecair. kecairan perihal atau keadaan cair: Disebabkan ~nya, bahan itu kurang berkesan. pencairan perihal, proses dsb mencair atau mencairkan: ~ air batu di kawasan pergu­nungan. pencair bahan yg mencairkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cair

Peribahasa

Pahamnya (fahamnya) bagai getah cair.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ẕarre( ه ّ رذ )ẕoghāl( لاغذ )ẕalīl( ليلذ )ẕowb shodan( ندش بوذ )ẕowgh( قوذ )ẕehn( نهذ )ẕeyl( ليذ zat sembelih simpanan molekul, zarah arang, arang kayu merendah diri mencair, jadi cair rasa, cita rasa fikiran, ingatan apendiks nature, substance to slaughter reserve molecule charcoal humble to melt, to thaw taste mind, memory appendix ذ Kamus Parsi.indb 70 5/18/11

Kembali ke atas