Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ri.ta] | دريتا

Definisi : kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan; menderita 1. menanggung kesusahan (ke­sakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; menderitakan membuat seseorang meng­alami derita; terderita, terderitakan dapat dideritai (di­tanggung), tertanggung, tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya; deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah; penderitaan 1. perihal menderita, pe­nang­gungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan; penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (per­buatan) dlm ayat: dlm ayat ‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ri.ta] | دريتا

Definisi : ; ~ dapur sj tumbuhan (herba), cempaka hutan, menjulung bukit, Gom­phostemma crinitum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ri.ta] | دريتا

Definisi : kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Dia menanggung ~ selepas kematian suaminya. menderita menanggung kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Orang-orang miskin di luar bandar selalu hidup ~. penderitaan 1 hal atau keadaan menderita: ~ si ibu yg kehilangan tempat bergantung itu makin lama makin bertambah. 2 perkara yg diderita (kesusahan, kesakitan dll): Dia tidak sanggup lagi menanggung ~ itu. penderita 1 orang yg menderita. 2 frasa nama yg menjadi tujuan kata kerja transitif dlm ayat; objek: Dlm ayat “Dia memukul kucing”, “kucing” itu menjadi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derita


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
طاطحنا )andākhtan( نتخادنا )andūh( هودنا )ensān( ناسنا )ensāniyyat( ت ّ يناسنا )enshāʼ( ءاشنا )angosht( تشگنا )angoshtāne( هناتشگنا delima ragum ramai mangga, mempelam pilihan pilih, memilih pertubuhan buah tin kemunduran campak derita insan, manusia kemanusiaan karangan, rencana jari jidal pomegranate pincers crowd mango choice to choose society fig decline to throw suffering human humanity composition finger thimble هناتشگنا رانا Kamus Parsi.indb

Kembali ke atas