Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.sa] | دوسا

Definisi : 1. perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama: segala halal haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar; lebih baik mati dgn tidak berpahala drpd hidup bergelumang ~; 2. perbuatan atau kelakuan yg bertentangan dgn prinsip-prinsip moral: perbuatannya itu adalah satu ~ yg besar terhadap keluarga mereka; menebus ~ ber­ikhtiar supaya dosa dapat diampunkan; ~ kering dosa (kesalahan) yg sengaja dilaku­kan walaupun diketahui hukumannya dr segi agama; berdosa 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh; pendosa orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sbg orang yg fasiq. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.sa] | دوسا

Definisi : 1 (segala) nilaian keburukan yg dilakukan yg bertentangan dgn perintah Allah dan Rasul-Nya: Segala ~ dan pahala akan dihisab kelak. 2 perbuatan yg melanggar hukum Tuhan atau agama: ~ kita akan bertambah, jika kita tidak bersembahyang, tidak berpuasa dan suka pula minum arak. 3 perbuatan menentang orang tua (negara dll). ~ kering dosa yg sengaja dilakukan (walaupun telah diketahui bahawa itu ialah dosa). menebus ~ berikhtiar supaya dosa dpt diampunkan (oleh Allah). berdosa 1 mendapat dosa: Dia ~ kerana telah mencuri barang-barang itu. 2 (telah) melakukan dosa: Orang yg ~ akan dihukum di akhirat nanti. 2 bersalah (kerana menentang orang tua, negara dll): Dia tahu bahawa dia sudah ~ terhadap ibunya dan oleh sebab itulah ia lekas-lekas meminta maaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dosa

Puisi
 

Banyak nyamuk Kuala Gaung,
     Nyamuk tidak takut api;
Banyak dosa saya tanggung,
     Sedikit tidak takut mati.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bagai memegang buah kepantangan beruk;
     ditelan mati emak,
diludahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
gom kardan( ندرک م ُ ـگ )gonāh( هان ُ گ cedera, kerosakan bunga bunga matahari pear (buah) pasu bunga kelopak bunga golf kubis bunga kerongkong peluru kawanan bunga daisi menghilang dosa injury flower sunflower pear flowerpot petal golf cauliflower throat bullet herd daisy to lose sin هان ُ گ همدـص ،بيسآ ،دنزگ Kamus Parsi.indb 122 5/18/11 9:02

Kembali ke atas