Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.jat] | حاجة

Definisi : 1. keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan: hampalah hatinya kerana ~ tak sampai; ~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya dgn baik; 2. keperluan, sesuatu yg diperlukan; ada ~ Jk mengadakan kenduri utk men­doakan supaya selamat; doa (sem­bah­­yang, solat) ~ doa (sembahyang) khusus kerana memohon supaya Tuhan me­mak­bulkan se­suatu permintaan; qada ~ buang air besar; menyempurnakan (membayar, menu­nai­kan) ~ menyampaikan niat (biasa­nya mengadakan kenduri); ~ seni = ~ kecil buang air kecil; berhajat 1. bermaksud, berniat (akan), mem­punyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia se­lama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; menghajati mengharapkan, mengingini: dia berharap apa yg dihajatinya akan berhasil; menghajatkan menghendaki, memerlukan: anak itu sudah dewasa tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.jat] | حاجة

Definisi : sesuatu yg dikehendaki; kehendak; maksud; tujuan: ~ku ke sini hendak berjumpa dgn pengurus bank. berhajat mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. menghajati 1 mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; meng­ingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2 memerlu­kan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hajat (kata nama)
Bersinonim dengan hasrat, keinginan, kehendak, cita-cita, niat, matlamat, maksud, tujuan, permintaan, doa;,
Kata Terbitan : berhajat, berhajatkan, menghajati, menghajatkan,

Puisi
 

Dari Pahang ke Kuala Lipis,
     Hajat hendak terus ke utara;
Masa bertentang mulutnya manis,
     Bila belakang lain bicara.


Lihat selanjutnya...(41)

Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
memetik petik sesuatu benda kedut, kerut forty to set to pick to pluck something wrinkle کورچ و نيچ لهچ Kamus Parsi.indb 52 5/18/11 9:02 AM 53 )ḥājat( تجاح )ḥādes̱e( هثداح )ḥāṣel, nat īje( هجيتن ،لصاح )ḥāz̤er( رضاح )ḥālā, aknūn, al-ān( نآلا ،نونکا ،الاح )ḥobāb( بابح )ḥatman( ًامتح )ḥattā( ى ّ ـتح )ḥejāb( باجح )ḥads zadan( ندز سدح )ḥodūd( دودح )ḥaẕf kardan( ندرک فذح )ḥarārat, garmā( امرگ ،ترارح )ḥarām, nāmashrūʻ( عورشمان ،مارح keperluan, hajat kemalangan, peristiwa hasil, keputusan bersedia sekarang buih sudah tentu bahkan tudung, kelubung agak, teka had, batas menghapuskan kepanasan haram necessity accident result ready, present now bubble certainly even veil, curtain

Kembali ke atas