Definisi : 1. keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan: hampalah hatinya kerana ~ tak sampai; ~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya dgn baik; 2. keperluan, sesuatu yg diperlukan; ada ~ Jk mengadakan kenduri utk mendoakan supaya selamat; doa (sembahyang, solat) ~ doa (sembahyang) khusus kerana memohon supaya Tuhan memakbulkan sesuatu permintaan; qada ~ buang air besar; menyempurnakan (membayar, menunaikan) ~ menyampaikan niat (biasanya mengadakan kenduri); ~ seni = ~ kecil buang air kecil; berhajat 1. bermaksud, berniat (akan), mempunyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia selama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; menghajati mengharapkan, mengingini: dia berharap apa yg dihajatinya akan berhasil; menghajatkan menghendaki, memerlukan: anak itu sudah dewasa tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : sesuatu yg dikehendaki; kehendak; maksud; tujuan: ~ku ke sini hendak berjumpa dgn pengurus bank. berhajat mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. menghajati 1 mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; mengingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2 memerlukan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)