Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ta] | هرتا

Definisi : barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yg dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll); ~ bawaan (pembawa, pembawaan) harta yg dibawa pd ketika berkahwin; ~ benda barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg berharga (sbg kekayaan); ~ bersama = ~ carian (laki bini) = ~ suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; ~ dunia barang-barang yg tidak kekal, barang-barang duniawi; ~ hibah harta yg diberi dgn keredaan pemiliknya (sebelum dia meninggal dunia); ~ jangka panjang (Eko) benda (spt tanah, bangunan, jentera, dll) utk keperluan perusahaan dlm jangka waktu panjang, aset jangka panjang; ~ jangka pendek (Eko) wang atau benda yg mudah dijadikan wang, aset jangka pendek; ~ karun harta benda yg tidak diketahui empunyanya (pemiliknya) atau yg didapati dgn tidak sah; ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang; ~ mudah cair (Eko) benda yg mudah dijadikan wang (dijual); ~ pencarian harta benda yg didapati drpd usaha sendiri (bukan yg dipusakai); ~ (pen)dapatan harta yg dibawa oleh pihak perempuan; ~ pusaka harta warisan (harta peninggalan si mati); ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm masa perang; ~ sepencarian harta yg diperoleh drpd usaha suami isteri; ~ tanah (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yg terdapat di atasnya (spt bangunan, tanaman, balak, atau galian); ~ sung­guh harta yg berupa mata benda; ~ tak sungguh (Eko) hak yg tidak berupa benda (spt hak cipta dll); ~ tidak kurang keadaan harta melebihi hutang; ~ pulang ke tuan prb sudah sangat cocok utk seseorang; berharta mempunyai harta, kaya, berada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.ta] | هرتا

Definisi : barang-barang spt rumah, tanah yg berharga yg dipunyai oleh seseorang. ~ benda segala barang yg berharga. ~ karun harta yg tidak diketahui tuannya. ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang. ~ pusaka barang-barang berharga peninggalan orang yg telah meninggal dunia. ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm peperangan dll. ~ terpendam segala harta, emas dsb yg tidak diketahui sebelumnya dan yg tersimpan (tersembunyi) di sesuatu tempat, di dlm tanah dll. berharta mempunyai harta; berada; kaya: Dia hidup senang sebab dia orang ~. hartawan 1 mempunyai harta; berharta; kaya: Orang itu bangsawan lagi ~. 2 orang yg berharta; orang kaya: Dia ~ yg terkenal di negeri ini. kehartawanan sifat hartawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harta (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, kebendaan, kekayaan, kemewahan, pusaka;,
Kata Terbitan : berharta,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harta orang hendak dikebas.

Bermaksud :

Orang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak digalas).

 

Lihat selanjutnya...(50)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
دنمتورث )s̱a ghīl, sangīn( نيگنس ،ليقث )s̱ols̱ ( ثلث )s̱amar, ḥāṣel( لصاح ،رمث )s̱amar, mīve( هويم ،رمث )s̱amar bakhsh, mofīd( ديفم ،شخب رمث )s̱avāb( باوث tetap ketiga kelapan kedua saat kekayaan, harta benda kaya berat satu per tiga, sepertiga hasil buah bermanfaat pahala invariable third eighth second second (sixtieth of one minute) wealth rich heavy onethird result fruit useful spiritual reward ث قدنخ ،لادوگ )gūr, ghabr( ربق ،روگ )gūrekhar( رخروگ )gūsfand( دنفسوگ )gūsh( شوگ )gūsht( تشوگ )gūsht-e gūsfand( دنفسوگ تشوگ رتکد ء هنياعم ىشوگ )gūshī-ye mo‘āyene-ye doktor( berdosa harta karun burung pipit gandum saksi lesen tomato parit kubur kuda belang biri-biri telinga daging daging kambing stetoskop sinful treasure sparrow wheat witness licence tomato drain grave zebra sheep ear

Kembali ke atas